suria

Chelsea Jangan 'Pesta' Dulu!

Antonio Conte

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte cukup berdebar dengan peluang untuk mengunci gelaran juara apabila Chelsea turun ke markas West Bromwich Albion Sabtu.

Chelsea kini hanya memerlukan satu kemenangan dari tiga baki perlawanan untuk memastikan gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini menjadi milik mereka.

Dan, peluang paling hampir mereka adalah ketika bertandang ke The Hawthorns.

Dari segi peluang, Conte mengakui pasukannya berada dalam situasi yang amat baik.

Katanya, gelaran juara musim ini dirasakan lebih istimewa selepas Chelsea menamatkan saingan dengan prestasi buruk musim lalu iaitu di tempat ke-10.

Bagaimanapun, dia menggesa pemainnya untuk tidak berfikir tentang trofi pada masa ini.

Katanya, perlawanan menentang West Brom, yang berada di posisi kelapan pasti sukar.

"Saya rasa selepas satu musim anda berusaha bersungguh-sungguh dan berada dalam kedudukan sangat mencabar, jika anda berjaya jadi juara dan mencapai sasaran, cara meraikannya pasti menakjubkan," kata Conte memetik Soccerway.

"Sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk berfikir tentang perkara ini sebab kami perlu mendapat tiga mata terlebih dahulu. Tapi selepas itu saya harap para pemain dapat meraikannya dengan cara yang tepat.

"Sudah pasti saat ini sangat baik untuk kami, kerana kami sudah begitu dekat dengan sasaran. Tapi kami tidak boleh lupa bahawa kami harus mendapat tiga mata dalam perlawanan ini.

"Jumaat (Sabtu waktu Malaysia) ini kami ada peluang pertama, tapi kami harus tahu bahawa berdepan West Brom tidak mudah.

"Mereka mempunyai jurulatih yang bagus dan suasanaya akan menjadi hangat," tambahnya.

Antonio Conte, juara EPL, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain