suria

Cedera Buku Lali, Rooney Terlepas Aksi Bertemu Sunderland

Wayne Rooney.

KAPTEN Manchester United Wayne Rooney akan terlepas kunjungan ke Sunderland pada hujung minggu ini kerana bergelut dengan kecederaan buku lali.

Pemain berusia 31 tahun itu berdepan prestasi tidak menentu musim ini selepas dilanda krisis kecederaan berpanjangan.

United juga beraksi tanpa kelibat Rooney ketika terikat seri 1-1 menentang Everton pada Selasa akibat kecederaan buku lali.

Pengurus Jose Mourinho mengesahkan kecederaan terbaharu itu dan ini bermaksud penjaring terbanyak sepanjang zaman United itu bergelut untuk pulih sebelum kunjungan ke Sunderland.

"Dua buku lali, jadi saya tidak tahu. Namun saya tidak fikir ia mudah untuk pulih dalam masa beberapa hari sahaja," kata Mourinho.

Ketika ditanya sama ada kecederaan itu diperolehi semasa sesi latihan atau hanya kesan sampingan, Mourinho berkata:"Selepas perlawanan."

Chris Smalling, Phil Jones dan Juan Mata juga terpaksa disisihkan menjelang pertembungan di Stadium of Light kerana masalah kecederaan.

Namun Antonio Valencia dijangka akan kembali selepas direhatkan ketika berdepan Everton.

Wayne Rooney, kecederaan, buku lali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain