suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Malaysia: Cabaran Liew Daren Terhenti Awal

Liew Daren.

KUCHING: Perjuangan pemain perseorangan negara, Liew Daren dalam saingan badminton Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata, berakhir pada pusingan pertama, Rabu.

Liew mudah dijinakkan pilihan keempat kejohanan dari Denmark Victor Axelsen 12-21, 13-21 dalam pertarungan selama 37 minit.

Ketika ditemui pemberita, Liew berkata rentak permainan dipamerkan Axelsen yang juga pemain ranking keempat dunia agak laju sehingga menyukarkannya untuk memberi cabaran.

Katanya selain itu faktor keletihan selepas terpaksa mengharungi permainan tiga set pada Selasa turut menjadi punca beliau tidak dapat mempamerkan permainan yang lebih baik.

"Saya akan cuba perbaiki kelemahan sebelum mengharungi cabaran Terbuka Singapura nanti," katanya.

Pada Selasa, Liew layak ke pusingan pertama acara perseorangan lelaki kejohanan selepas mengalahkan Zhao Junpeng daripada China 17-21, 21-15 dan 21-18.  - BERNAMA

Terbuka Malaysia, Liew Daren

Artikel Lain