suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UEFA Lulus Tempoh Khidmat Pegawai Tertinggi Dihadkan

Aleksander Ceferin.

HELSINKI: Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Rabu meluluskan tempoh perkhidmatan pegawai tertingginya termasuk presiden dihadkan dan lokasi perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Liga Europa harus dipilih secara telus.

Di bawah perubahan itu, presiden UEFA dan ahli jawatankuasa eksekutifnya akan dapat berkhidmat maksimum tiga hingga empat penggal.

Sebelum ini, tiada had tempoh ditetapkan untuk perkhidmatan mereka.

Sebanyak 55 ahli UEFA sebulat suara mengundi perubahan tersebut pada Kongres Tahunan di Helsinki.

Mereka juga bersetuju bahawa pegawai hanya boleh dipilih oleh ahli jawatankuasa eksekutif jika mereka mewujudkan 'pejabat aktif' dengan persatuan bola sepak negara mereka.

Presiden UEFA Aleksander Ceferin berkata ini akan memastikan bahawa mereka sentiasa mengetahui apa yang berlaku di peringkat akar umbi.

Perubahan ketiga adalah lokasi aksi final Liga Juara-Juara dan Liga Europa yang akan dipilih menerusi apa yang disifatkan Ceferin sebagai 'kaedah objektif sepenuhnya melalui bidaan yang telus.'

Perubahan itu akan ditulis dalam ketetapan UEFA dan berkuat kuasa pada 1 Julai.

UEFA, had tempoh perkhidmatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain