suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yew Sin/Ee Yi Kejutkan Beregu Denmark, Mara Pusingan Kedua

-fotoTHESTAR

KUCHING: Pasangan beregu muda negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi melakukan kejutan apabila menyingkirkan pilihan keenam, Mads Conrad Petersen/Mads Pieler Kolding untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di sini.

Aksi pusingan pertama di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, hari ini menyaksikan Yew Sin/Ee Yi bertarung selama 62 minit sebelum mengalahkan beregu ranking ketujuh dunia dari Denmark itu dengan 21-19, 16-21 dan 21-10.

Menanti mereka di pusingan kedua esok ialah gandingan China,  Fu Haifeng/Zheng Siwei, yang mengalahkan beregu Rusia, Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov 22-20, 17-21, 21-14 pada saingan pusingan pertama.

Ketika ditemui media selepas perlawanan itu, Yew Sin berkata mereka tidak menghadapi tekanan ketika perlawanan sebaliknya percaya pasangan Denmark itu yang lebih tertekan.

Katanya, mereka akan memberi persembahan terbaik dan tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan semua gandingan beregu kali ini adalah terbaik dunia.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain