suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Lupa Ganti Ketua Pasukan

ARSENAL dikutuk oleh pengkritik sukan selepas tidak mempunyai ketua pasukan di atas padang pada babak kedua ketika skuad berkenaan seri 2-2 dengan Manchester City pada awal pagi Isnin.

Perkara itu berlaku apabila ketua pasukan Arsenal, Laurent Koscielny dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan tugas itu tidak diambil alih oleh pemain lain.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger ketika ditanya mengenai ketiadaan ketua pasukan pada Selasa ternyata terkejut dan tidak menyedari hal tersebut.

"Saya tidak ingat, tapi ia soalan yang baik. Tiada siapa tanya saya siapakah ketua pasukan," jelas Wenger.

Arsenal kehilangan ketua pasukan selepas Per Mertesacker mengalami kecederaan jangka panjang dan ia sering diganti dengan pemain lain.

Liga Perdana Inggeris mengenakan syarat bahawa setiap pasukan perlu mempunyai ketua pasukan sepanjang perlawanan dan ia perlu diganti jika pemain berkenaan dikeluarkan.

Bagaimanapun Wenger dilapor terlupa untuk melantik ketua pasukan dalam babak kedua perlawanan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain