suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Anggap Conte Jurulatih Terbaik Dunia

Pep Guardiola

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola berkata rakan sejawatannya di Chelsea, Antonio Conte merupakan jurulatih terbaik di dunia dan banyak yang perlu dipelajarinya daripada jurulatih berkenaan.

Pengurus dari Itali itu berada di landasan yang betul apabila ditugaskan untuk membantu pasukannya meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya di Stamford Bridge, dengan The Blues kini berada di puncak liga.

Bercakap menjelang perlawanan melibatkan dua pasukan ini pada Rabu, Guardiola berkata dia mengagumi cara Conte yang ditunjukkan ketika bersama Juventus, pasukan Itali dan Chelsea.

Guardiola, dari Sepanyol itu berkata: "Saya berpendapat rakan sekerja saya itu hebat, mungkin dia adalah yang terbaik.

"Lihatlah bagaimana dia mampu membuatkan pasukan Itali bermain bola sepak yang menakjubkan, begitu juga Juventus, dalam satu budaya di mana ia begitu defensif.

"Dia seorang pengurus yang cemerlang. Banyak yang saya belajar apabila saya melihat pasukannya. Juventus, Itali dan kini pasukan mereka mengawal banyak aspek. Melihat pasukannya dan belajar daripada mereka adalah pengajaran yang baik untuk saya."

Guardiola tiba di City pada musim panas lalu dengan reputasi sebagai salah seorang pengurus terbaik selepas kejayaan di Barcelona dan Bayern Munich, di mana dia memenangi gabungan 21 trofi.

City kini di tangga keempat liga dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara tetapi mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Guardiola juga tidak mencapai jangkaan dalam musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris.

Dia berkata:.. "Dalam kes saya, saya perlu menang treble dan mengubah bola sepak Inggeris. Harapan agak tinggi, sebab itu saya sedikit menurun. Sudah pasti, saya tidak boleh meraih kejayaan musim ini.

Artikel Lain