suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Europa: United Minta Penyokong Elak Pakai Jersi, Warna Kelab

MANCHESTER United mengingatkan kepada penyokong-penyokong agar tidak memakai jersi atau warna kelab bagi mengelakkan daripada menjadi tumpuan ketika berada di Rusia Khamis ini.

United bakal berdepan Rostov bagi saingan pertama 16 pasukan Liga Europa manakala aksi timbal balik di Old Trafford pada 17 Mac ini.

Dijangka lebih kurang 400 penyokong-penyokong United bakal berkampung di Rostov dan dengan itu United turut meminta mereka supaya tidak terlalu menonjol kerana bimbang menjadi sasaran hooligan Rusia.

Pegawai di United meminta semua  mereka supaya mengambil iktibar terhadap  yang berlaku ke atas penyokong-penyokong England ketika Euro 2016 yang tercedera akibat pergaduhan dengan kumpulan hooligan itu.

Penyokong-penyokong England menjadi sasaran kumpulan hooligan Rusia ketika Euro 2016 di Perancis tahun lalu.

Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa berada dalam kumpulan serta tidak berjalan seorang diri sekitar bandar itu.

Artikel Lain