suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic, Mings Bakal Digantung Tiga Perlawanan

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic serta pemain pertahanan Bournemouth, Tyrone Mings dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Kedua-dua pemain itu bertembung ketika aksi seri 1-1 perlawanan liga perdana Sabtu lalu yang menyaksikan Mings memijak muka Ibrahimovic yang ketika itu terjatuh.

Selepas insiden itu, Ibrahimovic pula menjadi perhatian gara-gara sengaja menyiku muka Mings ketika cuba menanduk bola.

"Kedua-kedua pemain terlibat dalam dua insiden yang berlainan lebih kurang minit ke-44 dan pegawai perlawanan terlepas pandang, namun dapat dilihat dalam rakaman video," jelas kenyataan FA.




Mengikut hukuman berkaitan memijak dan menyiku, kedua-dua peamin itu sepatutnya dilayangkan kad merah seterusnya digantung tiga perlawanan.

Kedua-dua mereka diberi tempoh sehingga Selasa untuk membuat rayuan kepada FA.

Sekiranya didapati bersalah, Ibrahimovic bakal terlepas aksi suku akhir Piala FA bertemu Chelsea serta dua saingan liga menentang Middlesbrough dan West Brom.

Manakala Mings pula terpaksa melupakan aksi bertemu West Ham, Swansea City dan Southampton.

Artikel Lain