suria

Fabregas Dedah Enggan Bercakap Dengan Rakan Pasukan Ketika Disisih Conte

CESC Fabregas mengakui dia kecewa selepas disisihkan dalam skuad utama Chelsea dan enggan bercakap dengan rakan pasukan.

Pemain Sepanyol itu berkata demikian selepas melakukan penampilan ke-300 pada aksi Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea menundukkan Swansea City 3-1, malam Sabtu lalu.

Tampil buat kali keenam pada aksi liga musim ini, Fabregas berjaya membuka mata pengurus Antonio Conte apabila menjaringkan gol dan membantu mencipta peluang gol untuk meletakkan Chelsea di depan dengan kelebihan 10 mata.

"Pada awalnya ketika saya tidak bermain, saya beritahu rakan pasukan supaya jangan bercakap dengan saya kerana saya amat kecewa," katanya.

Menerusi aksi cemerlang pada Sabtu lalu, Fabregas berharap agar Conte terus memberi peluang kepadanya untuk memperkuat skuad utama Chelsea pada perlawanan akan datang.

"Saya boleh faham terdapat keraguan dalam setiap falsafah pengurus. Dia datang untuk melihat saya boleh menyesuaikan diri.

"Saya gemar bermain dengan bola, mungkin tidak begitu pentingkan taktik bertahan. Namun saya sudah menyesuaikan diri dengan cara yang dia mahu. Saya harap dapat beraksi lagi," katanya.

Fabregas mengakui 'pengalaman dan kematangan' banyak membantunya untuk mengharungi saat sukar semasa duduk di bangku simpanan.

"Pengalaman membantu anda memahami bahawa perkara penting adalah pasukan. Pengalaman dan kematangan membantu anda mengharunginya.

"Jangan salah faham. Saya mahu terus bermain. Setiap pemain mahu beraksi setiap minit tetapi kadang kala anda perlu bersaing untuk mendapat tempat.

"Saya memilih untuk mencabar diri saya. Tidak semuanya datang dengan mudah, ada kalanya anda perlu bersaing dalam situasi yang tidak suka," katanya.

Chelsea akan berkunjung ke West Ham United yang kini menduduki tangga kesembilan pada 6 Mac depan.





Cesc Fabregas, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain