suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Menang Gangsa Keirin Di Piala Dunia Los Angeles

Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

KUALA LUMPUR: Pelumba sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa acara keirin elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pelumba berusia 22 tahun itu memberi tentangan sengit sebelum wakil Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata dan peserta Kanada, Hugo Barrette melintasi garisan penamat, masing-masing memenangi pingat emas dan perak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman twitter rasminya meluahkan rasa gembira atas kejayaan Muhammad Shah itu.

"Remember this guy. The future of Malaysian track cycling is bright (Ingat dia. Masa depan trek berbasikal Malaysia adalah cerah)," katanya menerusi twitter @Khairykj pada Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain