suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faiz Subri Terima Pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah

ALOR SETAR: Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89. 

Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari tahun lepas.-- Bernama


Faiz Subri, Sultan Kedah, Puskas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain