suria

TMJ Bakal Bergelar Pemain Liga Super Mei Ini

Foto kredit: Facebook Johor Southern Tigers

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal bergelar salah seorang pemain Liga Super menjelang jendela perpindahan pemain pada Mei ini.

Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Tak'zim (JDT) dikatakan akan tampil sebagai pemain di kelabnya.

Kenyataan mengenai Tunku Ismail bakal bergelar pemain dimuatnaik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Sabtu.

Jika apa yang dinyatakan itu menjadi kenyataan, Tunku Ismail bakal mencipta sejarah baharu bola sepak negara apabila buat kali pertama pemilik kelab bergelar pemain dalam satu masa yang sama.

Turut dinyatakan bahawa JDT bakal melakukan dua lagi perubahan pada Mei ini.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail juga merupakan salah seorang daripada dua calon akhir merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama Tan Sri Annuar Musa pada kongres 25 Mac ini.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT

Artikel Lain