suria

Alonso Akui Dihubungi Mercedes

FERNANDO Alonso mendedahkan bahawa Mercedes pernah menghubunginya selepas juara dunia Formula Satu Nico Rosberg mebuat keputusan bersara Disember lalu.

Namun Alondo menegaskan kepada mereka bahawa dia  terikat dengan pasukan McLaren.

Juara dunia dua kali  itu berkata, selepas itu mereka tidak lagi berhubung namun Alonso memberitahu pemberita bahawa dia belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya sehingga musim rehat pada Ogos depan.

"Mercedes ada membuat pertanyaan kepada semua pelumba dan ianya difahami oleh semua pihak.

"Situasi saya sangat jelas dan tahun ini saya bersama McLaren-Honda, malah gembira di sini serta tidak ada sebab untuk bercakap mengenainya dalam apa jua kemungkinan," jelasnya ketika pelancaran jentera baharu pasukan NCL32 pada Jumaat

Jentera baharu McLaren musim ini.


Alonso yang kembali menyertai McLaren dari Ferrari pada tahun 2015 sehingga kini masih belum meraih sebarang kemenangan sejak tahun 2012.

"September adalah masa yang sesuai untuk kembali berfikir dan putuskan apa yang akan dibuat," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Impian Saya Terkubur - Ranieri

Artikel Lain