suria

Kerajaan Perlis Kecualikan Sewa Padang Stadium Untuk PFA

Azlan Man

KANGAR: Kerajaan Perlis bersetuju mengecualikan bayaran sewaan padang kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi perlawanan Liga Perdana, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada Jumaat, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perlis pada Rabu.

"Sukacita saya memaklumkan bahawa kelulusan pengecualian bayaran sewaan padang kepada PFA ini adalah berkuat kuasa serta-merta iaitu sebanyak RM1,500 bagi setiap perlawanan," katanya.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga memutuskan untuk membaiki dan menaik taraf kadar pencahayaan lampu limpah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. 

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan dan naik taraf itu melibatkan perbelanjaan yang besar dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan. -Bernama

PFA, Stadium Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Akui Dihubungi Mercedes

Artikel Lain