suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden FAM: TMJ Elak Dedah Visi Diketahui Lawan

PETALING JAYA: Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan mendedahkan visi dan kemahuannya untuk menduduki kerusi panas badan induk bola sepak negara.

Menurut Tunku Ismail, masa untuk mendedahkan perkara itu dianggap belum sesuai tetapi beliau akan berkongsi tentang perancangannya kepada umum tidak lama lagi.

"Tidak ada gunanya memberitahu orang sekarang, dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan menyokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.

"Namun, saya lebih suka mengambil tindakan kerana tindakan adalah lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata.

"Saya akan melaksanakan apa sahaja yang boleh untuk mempertingkatkan organisasi," kata beliau menerusi kenyataan dalam laman Facebook JDT, JOHOR Southern Tigers pada Khamis.

Dalam kenyataan sama, Tunku Ismail turut mengingatkan ahli gabungan FAM agar kembali bangkit dan bekerja keras dalam memulihkan imej bola sepak negara.

Sebagai permulaan katanya, ahli gabungan perlu bekerja keras di kelab mereka sendiri sebelum mengembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat.

"FAM dikendalikan oleh ahli-ahli gabungan. Sesetengah ahli gabungan mencintai bola sepak, sesetengah ahli gabungan pula tidak menyukai bola sepak.

"Kepada mereka yang tidak sukakan bola sepak, mereka berada di sana dengan alasan yang saya tidak tahu," kata beliau.


Tunku Ismail, FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAM Dikendalikan Orang Salah - TMJ

Artikel Lain