suria

Wenger, Sanchez Bakal Angkat Kaki

PENGURUS Arsene Wenger dilaporkan akan meninggalkan Arsenal pada hujung musim ini manakala Alexis Sanchez turut mengikut jejak langkah tersebut selepas insiden pergaduhan di bilik persalinan.

Kekalahan teruk 1-5 kepada Bayern Munich menguatkan lagi spekulasi Wenger akan meninggalkan pasukan yang diterajuinya sejak 1996.

Hanya kedudukan empat teratas pada aksi Liga Perdana Inggeris dan kejayaan memenangi Piala FA akan menjadi pertimbangan Arsenal untuk mengekalkan Wenger.

Namun situasi menjadi lebih buruk apabila Wenger tidak lagi ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Sukan pasukan tersebut.

Sementara itu, The Sun melaporkan Sanchez akan meninggalkan Arsenal susulan gambar reaksi kecewanya ketika pasukan itu tewas kepada Bayern menjadi viral.

Pada sama sama, akhbar itu turut melaporkan Sanchez terlibat dengan insiden pergaduhan dengan beberapa pemain senior lain di dalam bilik persalinan.

Susulan insiden itu dia mungkin mempertimbangkan tawaran daripada PSG atau Juventus.

Sanchez dilaporkan amat kecewa dengan rakan pasukannya dan situasi sekarang menguatkan lagi hasratnya untuk meninggalkan Emirates.

Kini masa depan Sanchez di Arsenal bergantung kepada kebolehan pengurus baharu untuk memujuk pemain itu terus kekal bersama pasukan.

Artikel Sebelum

FAM Dikendalikan Orang Salah - TMJ

Artikel Berikut

Artikel Lain