suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Williams Kerja Keras Mara Ke Suku Akhir

SERENA Williams terpaksa berdepan dengan saingan sengit sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Terbuka Australia dengan kemenangan 7-5 6-4 ke atas pemain Czech, Barbora Strycova.

Pemain pilihan kedua dari Amerika Syarikat (AS) itu mengambil masa satu jam 46 minit sebelum mengesahkan kemenangannya.

"Saya yakin dia seorang pemain yang sangat bijak, serta boleh melakukan apa sahaja.

"Ianya sesuatu yang baik dalam meningkatkan lagi corak permainan dan sedar saya boleh melakukan servis dengan lebih baik," jelas Williams.

Biarpun terpaksa bermain dalam cuaca yang panas, Williams tetap memberi fokus dalam merealisasikan impian untuk melakar rekod ke-23 Grand Slam dalam era profesionalnya.

Kemaraan Williams ke saingan suku akhir ini menyaksikan rekod ke-10 berturut dalam semua kejohanan major sejak Terbuka AS, 2014.

Pemain berusia 35 tahun itu bakal berdepan dengan pilihan kesembilan dari Britain, Johanna Konta.

Artikel Lain