suria

Mason Stabil Selepas Jalani Pembedahan Di Kepala

Mason (kanan) cuba menghalang tandukan Cahill yang menyebabkan kecederaan di kepalanya.

PEMAIN tengah Hull City, Ryan Mason berada dalam keadaan stabil sebaik sahaja menjalani pembedahan di bahagian kepala selepas bertembung dengan Gary Cahill  pada perlawanan Liga Perdana awal pagi Isnin.

Pada aksi tewas  2-0 di Stamford Bridge itu, kepala Mason dan kapten Chelsea itu bertembung ketika cuba menanduk bola yang menyebabkan pemain berusia 25 tahun itu terjatuh.

Dia menerima rawatan dan oksigen selama tujuh minit di padang sebelum diusung keluar dan dikejarkan ke Hospital St Mary di Paddington.

Hull mengesahkan Mason mengalami keretakan di tempurung kepalanya dan terpaksa menjalani pembedahan.

"Dia dijangka akan berada di hospital dalam tempoh beberapa hari lagi," jelas kenyataan kelab.

Malah Cahill juga turut menerima rawatan selepas perlawanan.

Selain itu, pada perlawanan tersebut menyaksikan The Blues berjaya meraih kemenangan menerusi jaringan Diego Costa pada masa kecederaan babak pertama, manakala gol kedua oleh Cahill minit ke-81.

Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan Chelsea di tangga teratas liga dengan kelebihan lapan mata daripada pesaing terdekat, Arsenal yang kini mengumpul 47 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain