suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jesus Secara Rasmi Jadi Milik Man City

MANCHESTER City akhirnya mengesahkan Gabriel Jesus menjadi milik kelab itu dan bakal membuat penampilan pertama pada aksi bertemu Tottenham Hotspur, Sabtu ini.

Pemain  berusia 19 tahun dari kelab Palmeiras telah menandatangani kontrak bersama City awal Ogos lalu dan kini Jesus secara rasmi bakal memakai jersi bernombor 33 selepas Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan borang pendaftarannya.

Penyerang bernilai 27 juta (RM148.11 juta) itu telah menyertai kem latihan Pep Guardiola sejak tiga minggu lalu.

"Saya sangat teruja dengan perancangan kelab, struktur yang kukuh dan pusat latihan yang sangat besar - saya suka.

 


"Saya mahu menang gelaran juara dan City adalah sebuah kelab bergelar juara.

"Selain dengan saiz kelab termasuk mempunyai sejarah, skuad ini juga sentiasa bersaing merebut gelaran.

"Di sini saya ingin jelaskan bahawa keinginan sendiri untuk kekal bersama Palmeiras sehingga hujung tahun kerana ini meraih kejuaraan. 

"Saya tinggalkan kelab itu dengan penuh kebanggaan dan berpuas hati bersama pencapaian paling tinggi," jelasnya.

Tambahnya, Guardiola telah menghubunginya menawarkan tempat di City tahun lalu.

"Saya sangat teruja diberi peluang untuk bersama pengurus seperti Guardiola".

Gabriel Jesus, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JDT Diramal Dominasi Liga-M

Artikel Lain