suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBSNT Kurangkan Harga Tiket Saingan Liga Perdana

KUALA TERENGGANU:  Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menurunkan harga tiket terbuka kepada RM10 bagi perlawanan membabitkan Liga Perdana musim ini. 

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor khususnya permintaan daripada penyokong bagi menurunkan harga itu.

Katanya sebelum ini bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Terengganu.

"Atas permintaan penyokong dan menimbang segala faktor kami bersetuju untuk menurunkan harga tersebut sebanyak RM5," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau  berharap dengan penurunan harga tiket ini akan membolehkan lebih ramai peminat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FA. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain