Tiada Unsur Paksaan Untuk Buat Penajaan - Annuar - Sukan | mStar

Tiada Unsur Paksaan Untuk Buat Penajaan - Annuar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempengaruhi sebarang keputusan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, penajaan diputuskan pihak universiti berkenaan.

"Setiap syarikat mempunyai pengerusinya sendiri, ada ahli lembaganya sendiri dan ada pengurusan sendiri.

"Pengerusi Mara tidak ada kuasa terhadap mana-mana anak syarikat mereka di bawah Akta Syarikat. Mereka di bawah lembaga mereka masing-masing," kata Annuar dalam rancangan Bual Bicara Bernama News Channel (BNC) pada Rabu.

Penajaan pasukan The Red Warriors itu menjadi isu apabila Annuar didakwa menggunakan kedudukannya untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan berkenaan.

Annuar menjelaskan penglibatan UniKL dalam penajaan pasukan TRW adalah berasaskan kepada proses pengkomersialan jenama.

"Kalau UniKL hendak terlibat dalam penajaan (pasukan Kelantan), tak kan saya nak bagi percuma. Kalau orang lain kena bayar, UniKL pun kena bayar juga sebab ia entiti komersial.

"UniKL kebetulannya ia ada strateginya sendiri, ia menekankan soal jenama kerana terpaksa bersaing dalam perniagaan pendidikan," kata Annuar.

Annuar berkata UniKL pastinya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan lain-lain.

Mengulas mengenai pandangan netizen berhubung isu penajaan itu, Annuar berkata masyarakat umum kebanyakannya masih belum memahami konsep penajaan dalam sukan bola sepak.

"Ramai yang melihatnya sebagai pemberian sejumlah wang daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain. Dalam aspek bola sepak, penajaan ini adalah pelbagai.

"Bagi pasukan Kelantan, ia satu-satunya pasukan yang berdiri di atas kaki sendiri. Satu-satunya pasukan yang tak ada bajet yang disediakan, satu-satunya pasukan yang harus setiap sen dicari sendiri untuk membolehkannya bersaing dalam Liga Super," katanya.

Annuar berkata beliau akan terus membantu KAFA dalam hal berkaitan penajaan sekalipun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu demi pembangunan bola sepak negara. -Bernama

Annuar MUsa , Kafa , Tajaan

Artikel Sebelum

Presiden FAP Letak Jawatan

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Perdana, Jumaat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain