suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpinggir Di Chelsea, Shanghai SIPG Sedia Bayar John Obi Mikel Gaji Tinggi

John Obi Mikel
JOHN Obi Mikel tidak pernah diturunkan untuk bermain bersama Chelsea sejak awal musim.


Namun, dikhabarkan sebuah kelab China bersedia membayar gaji yang lebih tinggi kepadanya berbanding gaji Andres Iniesta.

Mikel belum pernah sekali pun diberi peluang memperkukuhkan kelabnya itu pada musim ini.


Malah, pengurus kelab, Antonio Conte langsung tidak menyenaraikan namanya dalam daftar pemain Chelsea sejak awal musim.

Namun, dalam diam-diam Mikel telah diintai oleh Shanghai SIPG yang bersaing di Liga Super China.


Kelab itu bersedia membayar gaji setinggi £170 ribu seminggu kepadanya.

Bayaran ini adalah lebih mahal dari Iniesta yang hanya dibayar digaji £165 seminggu, atau gaji  Sergio Busquets (£140 seminggu) yang dibayar oleh Barcelona.


Tawaran ini pasti membuatkan pemain dari Nigeria itu tidak memerlukan masa yang lama untuk segera menerima lamaran tersebut. Apatah lagi kontraknya akan berakhir pada akhir musim 2017.

Shanghai SIPG setakat ini diperkukuhkan oleh pemain dari Brazil, Givanildo Vieira de Sousa (Hulk) yang juga diterbangkan dengan nilai perpindahan yang tinggi.

Malah, kelab yang dilatih oleh Andre Villas Boas ini dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan Oscar dari Chelsea.

Artikel Berikut

Luis Suarez Setuju Kekal Di Barca

Artikel Lain