Gambar Berbatov Bersama Rooney Di Man United Cetus Spekulasi - Sukan | mStar

Gambar Berbatov Bersama Rooney Di Man United Cetus Spekulasi

Dimitar Berbatov (kanan) memuat naik gambarnya bersama Rooney di Facebook.
TINDAKAN Dimitar Berbatov memuat naik gambarnya bersama Wayne Rooney di pusat latihan Manchester United, Aon Training Complex, telah menimbulkan kekecohan seketika di kalangan peminat kelab ini.

Berbatov yang kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan dikatakan akan bergabung semula dengan United dalam perjanjian pada Januari.

Berbatov sebelum ini telah bersama dengan kelab Greece, PAOK Saloniki.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu hanya hadir ke situ untuk menjalani latihan fizikal.

Dia juga dilapor mendapat undangan khas untuk berlatih daripada Jose Mourinho dan mahu melihat teknik latihan jurulatih itu apabila merancang untuk menjadi jurulatih suatu hari nanti.

Justeru, walaupun akan berlatih bersama United selama beberapa minggu dan didapati cukup cergas dalam latihan tersebut, tidak mungkin beliau akan kembali bergabung dengan skuad United.

Pemain dari Bulgaria ini pernah berada di Old Trafford selama empat musim sejak tahun 2008-2012 .

Dia telah menjaringkan 56 gol dalam 149 penampilan ketika bersama kelab ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Giliran Rooney Dipancing Kelab China

Artikel Lain