suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Mara Ke Final Piala Kelab Dunia

PENYERANG sensasi Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo memastikan tiket ke pentas final Piala Kelab Dunia buat Real Madrid apabila jaringan mereka menewaskan pasukan dari Mexico, Club Amerika 2-0, malam Khamis.

Anak buah Zinedine Zidane itu dijadual berdepan pasukan tempatan, Kashima Antlers pada hujung minggu ini ketika mereka sedang memburu gelaran dunia kedua dalam tempoh tiga tahun.

Benzema membuka tirai jaringan pada minit ke-47 sebelum Ronaldo melengkapkan gol kemenangan buat Real pada minit ke-93.

Ronaldo yang meraih gelaran keempat Ballon d'Or awal minggu ini, juga dilihat melepaskan banyak peluang berharga apabila percubaannya kerap terkena palang.

Selain itu, dua percubaan Ronaldo turut berjaya ditampan penjaga gol lawan, Moises Munoz.

Namun Ronaldo akhirnya menemui penyudah yang ditunggu-tunggu pada masa kecederaan.

Kemenangan itu turut menambah rekod tanpa kalah Real kepada 36 perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai mereka.


Artikel Sebelum

Luis Suarez Setuju Kekal Di Barca

Artikel Berikut

Artikel Lain