suria

Mercedes Umum Pengganti Rosberg Januari Depan

MERCEDES tidak akan mengumumkan calon pengganti Nico Rosberg yang akan bergandingan dengan Lewis Hamilton bagi perlumbaan Formula Satu (F1) 2017 sehingga awal tahun depan.

Pengumuman mengejut Rosberg untuk bersara lebih awal menyebabkan Mercedes berdepan kesukaran untuk mencari pengganti berbakat dan sesuai dalam masa yang singkat.

Namun, jurucakap Mercedes mengesahkan teka-teki mengenai siapa pengganti Rosberg akan berlanjutan sehingga beberapa minggu lalu dengan tiada pengumuman mengenainya sebelum 3 Januari tahun depan.

Pemandu Williams, Valtteri Bottas kekal sebagai pilihan utama Mercedes untuk mengisi kerusi yang ditinggalkan Rosberg.

Namun Williams dilaporkan menolak tawaran pasukan juara dunia itu.

Difahamkan Mercedes mempunyai sedikit masa untuk memperbaharui pilihan mereka dan kembali memujuk Williams dengan tawaran yang lebih menarik terhadap Bottas.

Ujian F1 pada musim sejuk tidak akan bermula sehingga 27 Februari depan.

Tawaran pertama Mercedes terhadap William membabitkan diskaun pembayaran bekalan enjin kepada pasukan itu.

Pada masa sama, Fernando Alonso dan Sebastian Vettel turut dikaitkan sebagai calon berpotensi untuk Mercedes tetapi kedua-duanya menyatakan komitmen untuk kekal lebih lama bersama pasukan masing-masing.

Supremo F1, Bernie Ecclestone berkata:"Tidak baik untuk memujuk pemandu lain kerana mereka masih lagi ada kontrak bersama pasukan masing-masing.

Namun beliau percaya siapa sahaja rakan pasukan Hamilton nanti pastinya tidak boleh menang bersama Mercedes kerana tiada siapa boleh menewaskan pelumba Britain itu.

Nico Rosbergs, Mercedes

Artikel Sebelum

Artikel Lain