suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luis Suarez Setuju Kekal Di Barca

Luis Suarez. -fotoAP
LUIS Suarez telah bersetuju untuk kekal bersama Barcelona bagi tempoh lima tahun akan datang.

Sejak berhijrah ke Barca pada musim panas 2014, penyerang berusia 29 tahun ini menjadi salah seorang penyerang utama dengan koleksi 97 gol dan berjaya meraih lapan gelaran.

Perkara ini telah diumumkan kelab melalui satu kenyataan rasmi dan Suarez bakal menandatangani kontrak tersebut pada Jumaat.

"Saya berasa sangat gembira kerana dapat berada di tempat yang saya inginkan. Saya berasa sangat senang.

"Ini adalah keputusan yang semua pihak mahukan, sama ada kelab mahu pun diri saya, kami mempunyai hubungan yang luar biasa. Semua pemain pasti mahu mengakhiri kariernya di kelab yang membuat dirinya berasa selesa," kata bintang Uruguay ini.


Suarez dikhabarkan bakal melengkapkan kontrak dengan klausa pembelian berjumlah £167.5 juta.
Luis Suarez, kontrak Barca

Artikel Lain