suria

Harimau Malaysia Pesta Gol, Berdepan Indonesia Pada Aksi Separuh Akhir

Pemain negara, Razilawali Ahmad Wahab (tengah) diasak pemain Vietnam pada Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean kali pertama di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Isnin. Malaysia menang 4-0 ke atas Vietnam.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia tidak berdepan masalah besar untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean 2016 selepas membelasah Myanmar 16-0.

Kemenangan besar itu menyaksikan Malaysia akan bertemu pasukan Indonesia di saingan separuh akhir pada Khamis.

Dalam perlawanan yang berlangsung di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada petang Rabu, skuad negara berpesta gol apabila selesa mendahului 7-0 pada separuh masa pertama.

Babak kedua bersambung dengan aksi yang lebih garang apabila skuad Harimau Malaysia menambah lagi sembilan gol untuk melengkapkan hari gemilang buat negara.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B pada Isnin lalu, Malaysia menang 4-0 ke atas Vietnam yang akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand.

Kejohanan ini merupakan kali pertama diadakan di Asia Tenggara dengan menyaksikan penglibatan tujuh pasukan di rantau ini iaitu Malaysia selaku tuan rumah, Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Malaysia diletakkan bersama Myanmar dan Vietnam dalam Kumpulan B, manakala Indonesia, Kemboja, Laos dan Thailand berada di Kumpulan B.

Harimau Malaysia, pekak, Asean, MSN

Artikel Sebelum

PKNS FC Bernaung Di Bawah PBMS

Artikel Berikut

Artikel Lain