suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Djokovic Berpisah Dengan Jurulatih Becker

Djokovic (kanan) bersama Becker dalam satu sesi latihan sebelum ini.

PEMAIN tenis No.2 dunia, Novak Djokovic mengumumkan 'perpisahan' dengan jurulatihnya Boris Becker selepas hilang takhta nombor satu dunia musim ini.

Sepanjang bersama jurulatih dari Jerman itu, Djokovic berjaya merangkul enam gelaran Grand Slam sejak 2013.

Namun Becker dilaporkan kecewa dengan sikap Djokovic yang mula menunjukkan perubahan apabila lebih mendengar arahan daripada guru Pepe Imaz sejak kebelakangan ini.

Menurut Djokovic: 'Sasaran yang kami buat sejak mula bersama sudah tercapai dan saya mahu berterima kasih kepadanya di atas kerjasama, dedikasi dan komitmen yang diberi.

"Selain itu, saya bercadang mahu terus mengekalkan tahap permainan  yang baik dengan jadual yang sempurna bagi mencapai sasaran musim depan. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk keputusan masa depan.'

Sementara itu, Becker berkata: "Saya  gembira dalam tempoh tiga tahun bersamanya, sangat teruja. Saya tetap akan meneruskan usaha saya pada masa depan. 

"Tidak ada perasaan kesal dan ianya adalah sesuatu perjalanan yang sukar  dipercayai".

Boris Becker, Nojak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

City Mara Kelompok 16 Terbaik

Artikel Lain