suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alonso Dalam Pertimbangan Mercedes - Wolff

Hamilton (kiri) dan Alonso pernah bergandingan ketika bersama McLaren pada tahun 2007.

KETUA Mercedes, Toto Wolff mendedahkan pelumba McLaren Fernando Alonso lebih menarik minatnya untuk mengisi kekosongan pemandu dalam pasukan juara dunia itu.

Mercedes kekurangan seorang pelumba selepas Nico Rosberg membuat keputusan mengejutkan untuk bersara sebagai pelumba sebaik sahaja merangkul gelaran juara dunia musim ini.

Alonso dikatakan lebih layak untuk digandingkan kembali bersama rakan sepasukannya di McLaren pada tahun 2007, Lewis Hamilton.

"Pertimbangan terhadap Fernando. Dia antara pelumba yang saya sangat hormati. Dia mempunyai kombinasi bakat, kelajuan dan pengalaman. Semuanya di situ," jelas Wolff kepada Sky Sports.

Alonso kini dalam tempoh akhir kontraknya bersama McLaren yang sekaligus memberi peluang kepada Mercedes untuk mengelak daripada memberi perjanjian itu.

"Dia (Alonso) masih lagi mempunyai kontrak McLaren-Honda ketika ini dan kami hanya perlu pertimbangkan lain-lain pilihan.

"Kedua-dua pelumba mempunyai status dan peluang sama rata dan memberi kelebihan kepada kami," tambahnya.

Sebagai rekod, Alonso berjaya merangkul dua kali gelaran juara dunia, berbanding tiga trofi oleh Hamilton.

Fernando Alonso, Mercedes, Toto Wolff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain