suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CIMB Classic 2016: Thomas Dahului Pusingan Kedua

Justin Thomas.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Justin Thomas mendahului pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini Jumaat.

Pemain berusia 23 tahun dari Amerika Syarikat itu yang berkongsi kedudukan pendahulu bersama dua rakan senegaranya pada Khamis, mencatat enam bawah par 66 pada Jumaat untuk catatan keseluruhan 14 bawah par 130.

Wakil India, Anirban Lahiri melonjakkan diri untuk menduduki tangga kedua dengan catatan keseluruhan 12 bawah par 132 manakala tiga pemain lain - Russell Knox (Scotland), James Hahn (Amerika Syarikat) dan Hideki Matsuyama (Jepun) terikat di kedudukan ketiga dengan catatan 11 bawah par 133. - BERNAMA

Golf CIMB Classic, Justin Thomas

Artikel Lain