suria

Terbuka Denmark: Tiga Pemain Negara Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong cemerlang menghadapi lawan masing-masing sebelum mara ke peringkat suku akhir Terbuka Denmark pada Khamis.

Pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung awal pagi waktu Malaysia, Chong Wei mengambil masa 40 minit untuk menewaskan pemain India, H.S Prannoy dengan 21-10, dan 22-20 di Odense Sports Park.

Menanti jaguh badminton negara itu di pusingan seterusnya adalah Brice Leverdez dari Perancis yang mengalahkan pemain perseorangan dari Taiwan Chou Tien Chen 21-19 dan 21-17.

Chong Wei pernah menjuarai Terbuka Denmark pada 2005, 2006 dan 2012.

Sementara itu, V Shem dan Wee Kiong mengambil masa 46 minit untuk menundukkan lawan mereka Marcus Ellis/Chris Langridge dari England dengan 21-18, dan 21-17.

Mereka akan menentang beregu China, Li Junhui/Liu Yuchen yang mudah mengetepikan Kim Astrup/Anders Ska Rasmussen dari Denmark, 21-10, 21-19 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Bagaimanapun pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei tersingkir selepas tewas kepada beregu pilihan ke-13 kejohanan, Stefani Stoeva dan Gabriela Stoeva dari Bulgaria, 13-21 dan 19-21. -Bernama

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain