suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Super: Aksi Terakhir T-Team Untuk Kaji Kelemahan

Pemain-pemain T-team bakal berdepan dengan pasukan Pahang menjelang aksi terakhir Liga Super musim ini pada Sabtu.Foto: IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

KUALA TERENGGANU:  T-Team menyifatkan perlawanan terakhirnya menentang Pahang dalam Liga Super esok merupakan medan terakhir bagi mengkaji kelemahannya sebagai persediaan menghadapi kejohanan Liga Malaysia musim depan.

Justeru jurulatih Rachmad Darmawan mahu pemainnya memberikan saingan terbaik terhadap Pahang.

"Ia sangat penting untuk kami membentuk pasukan yang mantap dan sekurang-kurangnya saya dapat melihat kekurangan T-Team.

"Ini boleh dikatakan sebagai sesi pemilihan dan peluang kepada beberapa pemain yang jarang diturunkan untuk dinilai yang kemudian kami akan membuat keputusan untuk pasukan pada musim 2017," katanya pada sesi latihan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada Khamis.

Mengenai pencapian T-Team musim ini, Rachmad berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasi pemainnya.

"Para pemain sudah melepasi sasaran pihak pengurusan bukan sahaja kekal di Liga Super, malah kami berada pada kedudukan yang baik selain mara ke separuh akhir Piala Malaysia, sedangkan sasaran kami hanya setakat suku akhir," katanya. -Bernama

T-Team, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain