Litar Antarabangsa Gong Badak Mula Diguna Januari Ini - Sukan | mStar

Litar Antarabangsa Gong Badak Mula Diguna Januari Ini

KUALA TERENGGANU:  Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka dapat digunakan mulai Januari tahun hadapan.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata litar yang menelan belanja RM12.7 juta itu diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan kini 60 peratus siap.

"Pembinaannya sedang giat dibangunkan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Awal tahun depan ia dapat digunakan bagi perlumbaan permotoran," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan litar tersebut semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat. Ahmad Razif berkata litar seluas 2.4 hektar yang dibina sejak Disember tahun lalu itu juga mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala diperkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran.

Beliau berkata bagi mengelak gangguan bunyi di kawasan persekitaran, Jabatan Kerja Raya telah diminta untuk memasang penghadang bunyi di litar tersebut.

Ia akan turut dilengkapi komponen seperti litar cub prix sepanjang 1.35 kilometer, trek ujian pecut dan gelanggang drift. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain