suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CIMB Classic : 'Penonton' Tak Diundang Kejutkan Pemain Golf

KUALA LUMPUR: Pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara pada Jumaat gempar dengan kehadiran 'penonton' yang tidak diundang, seekor ular sawa.

Kehadiran ular sawa di Hole 5, West Course itu mengejutkan pemain yang sedang beraksi sebelum pihak pengurusan menghalau ular tersebut.

Sementara itu, pada pusingan kedua ini, menyaksikan juara bertahan, Justin Thomas mendahului kedudukan dengan mencatat enam bawah par 66 bagi merekodkan keseluruhan 14 bawah par 130.

Manakala wakil India, Anirban Lahiri melonjakkan diri untuk menduduki tangga kedua dengan catatan keseluruhan 12 bawah par 132 manakala tiga pemain lain - Russell Knox (Scotland), James Hahn (Amerika Syarikat) dan Hideki Matsuyama (Jepun) terikat di kedudukan ketiga dengan catatan 11 bawah par 133.

CIMB Classic, Golf, Ular Sawa, TPC

Artikel Berikut

Artikel Lain