suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamilton Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Bebas Kedua

SEPANG: Juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua di Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, Jumaat.

Hamilton, yang ketika ini menduduki tangga kedua senarai pungutan mata pelumba, mencatat masa satu minit 34.944 saat, yang menghampiri rekod litar itu yang dilakukan Juan Pablo Montoya, 1:34.223s pada 2004.

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg pula mencatat masa kedua terpantas dengan 1:35.177s diikuti Sebastian Vettel dari Scuderia Ferrari (1:35.605s).

Sementara itu, Litar Sepang mencatatkan rekod suhu paling tinggi sepanjang sejarah perlumbaan apabila mencatat 61 darjah celsius.

Sebelum ini, rekod paling panas sewaktu perlumbaan adalah 54 darjah celsius yang dicatat tahun ini di Kuwait.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain