suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Rosberg Catat Masa Pusingan Terpantas Dalam Sesi Latihan Pertama

SEPANG: Pemandu Mercedes AMG Petronas F1 Team, Nico Rosberg mencatatkan masa pusingan terpantas dalam sesi latihan pertama Grand Prix (GP) F1 Malaysia Petronas 2016 di Litar Anatarabangsa Sepang, Jumaat.

Pelumba Jerman itu yang memenangi perlumbaan sebelum ini di Belgium, Itali dan Singapura, mencatatkan satu minit 35.227 saat untuk menamatkan pusingan sepanjang 5.543km itu.

Ketinggalan hanya 0.494 saat ialah rakan sepasukannya Lewis Hamilton daripada Britain manakala pemandu Scuderia Ferrari Kimi Raikkonen daripada  Finland mencatatkan masa ketiga terpantas 1:36.315s. 

Rekod masa pusingan terpantas 1:34.223s dipegang Juan Pablo Montoya yang dicatatnya pada 2004.

Sementara itu, kenderaan Kevin Magnussen daripada pasukan Renault terbakar ketika sedang dibawa keluar dari garaj sebelum bermulanya latihan bebas pertama pagi ini.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual F1 GP Malaysia Sabtu

Artikel Lain