suria

Atlet Berbasikal Paralimpik Tidak Rebah - KP MSN

Muhd Afiq Rizan Afify.

PETALING JAYA: Pelumba basikal trek Paralimpik negara, Muhd Afiq Afify Rizan tidak rebah di Rio de Janeiro, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

"Beliau mengalami sakit kepala yang teruk," kata Ahmad Shapawi ketika dihubungi The Star Online pada Ahad.

Dilaporkan Muhd Afi rebah disyaki akibat meningtis.

Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata, pemeriksaan dibuat oleh doktor-doktor Malaysia di Rio de Janeiro dan mendapati atlet itu negatif meningtis.

"Ujian telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga. Saya mempunyai laporan daripada doktor-doktor Malaysia di Rio. Beliau semakin pulih, dan kesakitannya semakin kurang.

"Bagaimanapun, beliau tidak cukup sihat untuk bertanding," kata Ahmad Shapawi.

Muhd Afiq bersama pelumba pilotnya,Faizal Mohd Noh sepatutnya bersaing pada peringkat akhir 1km ujian masa-tandem.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain