suria

Video: Saat Emosi Ziyad Rai Kejayaan Malaysia

PETALING JAYA: Kejayaan jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli memecah rekod dunia pada kejohanan Sukan Paralimpik di Rio, sekali gus menyumbang pingat emas kedua buat Malaysia ternyata membanggakan seluruh rakyat di negara ini.

Dengan catatan sejauh 16.84 meter, Muhammad Ziyad berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Detik-detik gemilang itu diraikan dengan penuh emosi oleh atlet berusia 26 tahun itu apabila dia menitiskan air mata saat-saat mengetahui lontaran emasnya telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Malah Muhammad Ziyad turut bersujud setika di atas lantai Stadium Olimpik Rio untuk melahirkan rasa bersyukur sebelum berlari ke arah penyokong Malaysia sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.


Paralimpik, Ziyad, Lontar Peluru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain