suria

Dele Alli Enggan Guna Nama Keluarga

LONDON: Bapa kepada bintang Tottenham Hotspur, Dele Alli dilaporkan sanggup menempuh penerbangan sejauh 8,046 kilometer semata-mata mahu memperbaiki hubungan dengan anaknya itu.

Menurut portal Mirror, krisis dua beranak itu bermula apabila Dele enggan menggunakan nama Alli di jersinya pada musim ini selepas dia merasakan nama tersebut tidak mempunyai kaitan dengannya.

Dele dipercayai merasa marah dengan tindakan ibunya, Denise meninggalkan dia pada usia 13 tahun gara-gara menghadapi masalah ketagihan alkohol.

Namun bapa kepada pemain muda berusia 20 tahun itu, Kenny Ali sanggup datang dari Amerika Syarikat ke London untuk merayu kepadanya supaya nama tersebut dikekalkan.

Bagaimanapun usaha ahli perniagaan Nigeria itu menemukan kegagalan apabila Dele berkeras tidak mahu menggunakan nama keluarganya.

"Saya mahu nama pada jersi menunjukkan diri saya yang sebenar dan saya berasa tiada kaitan dengan nama Alli.

"Keputusan ini dibuat menerusi perbincangan dengan ahli keluarga yang terdekat," katanya.


Kelab Tottenham juga mengesahkan Dele akan kekal menggunakan nombor 20 bagi musim ini selain menukar nama di jersi kepada "Dele" sahaja.

Kisah Dele itu hampir sama seperti yang dialami oleh bintang Manchester United, Memphis Depay yang enggan meletakkan nama keluarga pada jersi selepas dia ditinggalkan oleh bapanya pada usia empat tahun.

Delle Alli, Tottenham Hotspurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain