suria

Pencapaian Ridzuan, Ziyad Bukti Setanding Dengan Atlet Normal

KUALA LUMPUR: Dua atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhamad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro membuktikan kebolehan mereka setanding atlet normal.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kejayaan bersejarah itu juga menunjukkan mereka mampu mengharumkan nama negara di peringkat Olimpik.

"Masih tak boleh lari daripada kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi,"kata Khairy menerusi laman Facebooknya pada Ahad.

Khairy juga berkata beliau berterima kasih kepada Muhammad Ziyad kerana memberikannya semangat untuk mengubah persepsi dan layanan terhadap atlet kurang upaya. 

"Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.  

"Pencapaian dan pengorbanan atlet para negara perlu diberi penghormatan yang sama seperti atlet lain," jelasnya.

Pada Sabtu (awal pagi Ahad waktu Malaysia), Mohamad Ridzuan menjuarai acara100m T36 (celebral palsy) dengan catatan 12.07 saat dan tidak lama kemudian, Muhammad Ziyad menyumbang emas kedua negara dengan rekod baharu dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan jarak 16.84 meter. 

Catatan Muhammad Ziyad itu memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgettsdari Australia sejauh 16.29m yang dilakukan di Sukan Paralimpik London 2012.

Menurut Khairy, tiga tahun lalu, insentif yang diberikan kepada atlet paralimpik hanya 30 peratus daripada yang diterima atlet normal. 

Namun setelah beliau dilantik sebagai menteri, Khairy memutuskan insentif yang diberikan kepada atlet normal dan paralimpik adalah sama. 

"Waktu itu, saya menerima berita dari Lyon, Perancis, seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di Kejohanan Olahraga Dunia.

Lepas sayaterima berita itu saya tanya pegawai sama ada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. 

"Saya diberi jawapan memang ada. Tapi jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para. Saya tanya kurang berapa? Mereka menjawab atlet para dapat 30 peratus daripada nilai ganjaran atlet normal. 

"Kemudian saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya...Paralimpik ini baharu dan acara mereka tak banyak penyertaan selain terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang," katanya. -Bernama

Ziyad, Ridzuan, Khairy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain