suria

Kerajaan Selangor Bakal Beri Ganjaran Kepada Ziyad

Ibu bapa Muhammad Ziyad, Zolkefli Ahmad dan Siti Arfah Adul Rashid. Foto:YAP CHEE HONG/The Star

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada Muhammad Ziyad sebagai pengiktirafan kepada anak jati Selangor itu yang telah mengharumkan nama negara.

"Saya merakamkan rasa gembira rakyat Selangor apabila salah seorang atlet kita dapat meraih pingat emas dan kebetulan dia datang dari Gombak. Insya-Allahselepas Aidiladha ini kita akan membincangkan satu pengiktirafan pada atlet kita yang beraya meraih pingat emas," kata Azmin pada Ahad. 

Sementara itu, ibu atlet berusia 26 tahun itu, Siti Arfah Abdul Rashid  berkata anak sulungnya itu meminati sukan olahraga sejak di bangku sekolah rendah dan sering meraih keputusan cemerlang di kejohanan peringkat sekolah mahupun daerah.

Walaupun Siti Arfah pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Muhammad Ziyad menjadi atlet sepenuh masa, beliau tetap sentiasa mendoakan kejayaan dan menyokong setiap keputusan anaknya yang kini berusia 26 tahun.

"Makcik pernah beritahunya sukan ini susah untuk masa depannya, Ziyad perlu ada sijil untuk mendapatkan kerja tetap, tetapi anak saya tetap berdegil dan mahu menjadi atlet. 

"Walaupun Ziyad tidak seperti anak orang lain, dia mempunyai perancangan yang baik tentang masa depan. Makcik bangga dengan beliau. Ziyad juga seorang anak yang rajin dan tidak menyusahkan orang," katanya ketika di temui Bernama di kediaman mereka di Gombak. 

Siti Arfah berkata kejayaan meraih pingat emas itu juga bermakna buat Muhammad Ziyad yang akan melangsungkan perkahwinan bersama Zafirah Nasir pada November ini.

Muhammad Ziyad

Artikel Lain