suria

Format Pemarkahan Badminton Mungkin Berubah

KUALA LUMPUR: Dunia badminton bersedia untuk menghadapi perubahan dalam format pemarkahan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah memberikan arahan kepada semua ahli-ahlinya untuk mencuba dua versi berbeza daripada format pemarkahan 11 mata daripada lima perlawanan (5 X 11) sehingga mesyuarat majlis seterusnya pada Mei.


Sistem 5x11 akan menetapkan sama ada maksimum 15 mata atau tiga mata penentuan akan digunakan apabila kedudukan terikat  10-10.

Di bawah pilihan pertama, jika skor terikat di 10-10, pemain pertama yang mendapat kelebihan dua mata dikira menang.

Jika mereka terikat 14-14, pemain pertama yang mencapai mata 15 adalah pemenang.

Di bawah pilihan kedua, jika skor terikat pada 10-10, cabaran tiga mata dimainkan. Pemain yang mendapat tiga mata pertama akan memenangi permainan 11-10.

Rehat satu minit antara permainan diberikan untuk kedua-dua pilihan.

Malaysia sudah mencuba pilihan pertama iaitu maksimum 15 mata di Kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Celcom Axiata B-19 yang diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, dari 6-9 September 2016.

"Badan dunia itu tidak mewajibkannya, tetapi mereka telah memberikan pilihan kepada ahli-ahli untuk mencubanya. Kami sedang bereksperimen dengannya...kami akan menyemak dan menilai format itu selepas kejohanan," kata Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng ​​Chin Chai.

Malaysia juga cuba telah mencuba satu lagi versi format pemarkahan 11 mata daripada lima perlawanan di kejohanan di Sabah pada tahun 2014.

Di bawah format itu, apabila skor terikat di 10-10, pemain pertama yang mencapai mata 11 memenangi perlawanan.

Tetapi BWF menahan format itu dieksperimen kerana tidak mahu mengganggu persiapan pemain untuk ke Olimpik Rio.

Format semasa iaitu 21 mata dalam tiga perlawanan diperkenalkan 10 tahun yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain