suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ana Ivanovic Tutup Aksi Musim 2016 Lebih Awal

BEKAS pemain tenis wanita No.1 dunia, Ana Ivanovic menamatkan saingan kejohanan musim ini lebih awal selepas berdepan dengan kecederaan di pergelangan dan ibu jari kaki.

Nasib Ivanovic tahun ini tidak begitu memberangsangkan apabila hanya mencatat 15 kemenangan yang menyebabkan kedudukannya di ranking dunia jatuh dari tangga ke-16 kepada 31.

"Saya ada berita mengecewakan yang ingin dikongsi bersama anda.

"Malang sekali, berikutan kecederaan di pergelangan tangan, saya telah mendapat nasihat doktor supaya berehat daripada aksi musim ini bagi memastikan ianya pulih sepenuhnya.

"Sebelum ini juga saya telah menangguhkan pembedahan ibu jari kaki yang cedera ketika Terbuka Australia Januari tahun lalu. Dan perkara itu jugalah yang perlu saya beri perhatian.

"Dengan perasaan sedih saya terpaksa mengumumkan bahawa saya tidak mampu untuk meneruskan musim ini dan bermain di Asia," jelas Ivanovic di laman Twitternya.

Pemain yang menamatkan kedudukan di ranking kelima pada tahun 2014 itu mula berdepan dengan kemerosotan prestasinya selepas mengalami kecederaan.

Ivanovic,28, yang berkahwin dengan pemain tengah Manchester United Bastian Schweinsteiger baru-baru ini berdepan kesukaran untuk bermain dengan baik sekaligus tewas straight set kepada Denisa Allertova pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu.

Ivanovic menaruh keyakinan tinggi akan kembali ke gelanggang biarpun timbul spekulasi bahawa kariernya bakal berakhir.

"Saya tidak sabar untuk kembali berakusi dengan pada tahun 2017."

Ana Ivanovic

Artikel Berikut

Artikel Lain