suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatan Presiden FAS Masih Di Peringkat Rundingan - Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung kedudukannya sebagai presiden persatuan bola sepak negeri setakat ini.

Mohamed Azmin berkata buat masa ini perkara itu masih di peringkat rundingan antara timbalan presiden dan anggota exco persatuan bola sepak berkenaan sama ada beliau akan dikekalkan atau tidak.

"Saya dah jelaskan sebelum ini bahawa ia sedang dirundingkan antara timbalan presiden dan ahli exco FAS," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan kelab penyokong pasukan bola sepak Selangor atau skuad Gergasi Merah yang meminta Mohamed Azmin berundur daripada jawatan itu kerana beliau dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Kelab penyokong itu juga mahu persatuan bola sepak negeri ditransformasikan, ekoran pelbagai kemelut yang berlaku dalam persatuan  termasuk pemecatan mengejut jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan, Julai lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain