suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara Remaja Dunia Jin Wei Mara Ke Pusingan Kedua

Goh Jin Wei
KUALA LUMPUR: Juara remaja wanita dunia, Goh Jin Wei mengetuai cabaran negara dalam melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Masters Indonesia di Arena Dome, Kalimantan Timur, Rabu.

Pemain berusia 16 tahun itu membuka langkah dalam acara perseorangan wanita dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Gregoria Mariska, 25-23, 21-12 dalam masa 39 minit.

Jin Wei akan berdepan dengan pemenang pusingan kelayakan, Desandha Vegarani pada pusingan kedua esok selepas pemain Indonesia itu mengalahkan rakan senegara, Febby Angguni 21-16, 21-14, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.org.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain wanita negara, Ho Yen Mei gagal melepasi pusingan petama selepas disekat oleh pemain pilihan utama, Busanan Ongbamrungphan dari Thailand dengan 21-12, 22-20.

Sementara itu, dalam acara perseorangan lelaki, empat daripada lima wakil negara -- Chong Wei Feng, Soong Joo Ven, Goh Soon Huat dan Liew Daren mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan lawan masing-masing pada pusingan pertama.




Goh Jin Wei, Masters Indonesia

Artikel Sebelum

Keputusan Suku Akhir Terbuka AS

Artikel Berikut

Artikel Lain