suria

Badminton: Zulfadli Rangkul Trofi Juara Terbuka Brazil

PETALING JAYA: Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Zulfadli Zulkifli melakar rekod baharu peribadinya selepas berjaya meraih gelaran juara Terbuka Brazil awal pagi Isnin.

Selepas beberapa tahun bergelar pemain senior, Zulfadli kembali menemui sentuhannya apabila menumpaskan pemain India, Anand Pawar 18-21, 21-11, 21-17.

Sebelum ini, Zulfadli,23, merupakan pemain remaja pertama Malaysia menjuarai gelaran perseorangan Badminton Remaja Dunia 2011 sejak edisi pertama 1992.

Kali terakhir anak sulung daripada tiga beradik itu mara ke pentas akhir adalah pada kejohanan antarabangsa di Sydney tahun lalu.

Zulfadli kini mahu meneruskan rentak kemenangannya pada terbuka Jepun yang bakal berlangsung pada 20-25 September ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain