suria

England 1-0 Slovakia: Gol Lallana Beri Kemenangan Pertama Allardyce

JARINGAN tunggal Adam Lallana pada masa tambahan memberi kemenangan ke atas pasukan England ke atas Slovakia pada aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan F awal pagi Isnin.

Skuad The Three Lions yang tampil dengan persembahan pertama di bawah pengurusan Sam Allardyce terpaksa berdepan dengan tekanan sengit daripada pihak lawan yang menyaksikan kedua-keduannya gagal mencatat sebarang gol sepanjang tempoh permainan sebenar.

Namun peluang menentang 10 orang pemain memberi sedikit kelebihan kepada England selepas Martin Skrtel diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua apabila melakukan terjahan kasar ke atas Harry Kane.

Bagaimanapun, pemain tengah Liverpool, Lallana berjaya memberi rekod permulaan yang baik buat Allardyce yang sekaligus menjadikan gol pertamanya dalam 27 penampilan untuk England.




Sebagai rekod, England hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan bersama Slovakia pada saingan Kejohanan Eropah (Euro) baru-baru ini.

Sementara itu, skuad Allardyce ini perlu mencatat kemenangan dalam aksi kumpulan ini bagi memastikan kelayakan secara automatik ke kejohanan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

"Ia seperti satu bebanan besar kepada saya. Kamu perlu menewaskan sepuluh orang pemain dan ini adalah tugas paling besar yang saya hadapi.

"Kamu sedang membawa nama negara. Semua orang akan menumpukan kepada kamu. Mereka mahu melihat bagaimana kamu menguruskannya dan mencapai kejayaan.

"Semua orang akan pulang dengan perasaan gembira. Kami mendominasi perlawanan ini," jelasnya selepas perlawanan.

England bakal berdepan dengan Malta di Wembley pada 8 Oktober depan sebelum berkunjung ke Slovenia tiga hari kemudian bagi meneruskan aksi peringkat kumpulan tersebut.

Artikel Sebelum

Messi Dedah Punca Warnakan Rambut

Artikel Lain