Pemain pilihan ke-24 berusia 22 tahun itu mengambil masa lebih empat jam untuk menundukkan Nadal, pemain pilihan keempat.
"Saya melakukan segala-galanya. Tidak mungkin saya dapat bermimpi lebih daripada ini," kata pemain nombor 25 dunia ini.
Pouille akan berdepan rakan senegaranya, Gael Monfils, yang menewaskan Marcos Baghdatis.
Sementara itu Jo-Wilfried Tsonga, juga dari Perancis, menyingkirkan pemain Amerika, Jack Sock.
Pemain pilihan kesembilan itu akan menentang pemenang perlawanan antara pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan pemain British Kyle Edmund.
Terbuka AS: Nadal Tersingkir Di Pusingan Ke-4
Rafael Nadal


