suria

Ibrahimovic Puji 'Kebijakan' Mourinho

Zlatan Ibrahimovic
ZLATAN Ibrahimovic memuji Jose Mourinho yang disifatkannya menjadi faktor penentu dalam memujuk dirinya untuk cemerlang dalam kerjaya di Liga Perdana Inggeris.

Ibrahimovic mendakwa sebelum ini dia telah menolak untuk bermain di liga utama England sebanyak dua kali.

Ibrahimovic menyumbangkan gol kemenangan Manchester United ke atas Leicester City dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti dan telah menjaringkan tiga gol dalam perlawanan Liga Perdana bagi membuktikan kehebatannya di Old Trafford.

Pemain berusia 34 tahun itu berpindah ke England selepas cemerlang bersama Paris Saint-Germain (PSG) selama empat musim, di mana dia mencatatkan rekod menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab itu, menamatkan karier bersama PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan kompetetif.

"Saya hampir berpindah ke Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali, sekali dengan Arsenal dan kemudian Manchester City," katanya kepada pemberita.

"Tetapi ia tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu untuk bermain di Liga Perdana Inggeris."

Mengenai Mourinho, dia menambah: "Dia adalah perancang, seorang yang bijak.

"Dia tahu apa perlu dilakukan untuk menang. Saya banyak belajar daripadanya di Inter. Siapa yang tidak mahu berada di bawah Mourinho sebagai pengurus."

Ibrahimovic bakal mengetuai barisan serangan dalam perlawanan derby menentang Manchester City di Old Trafford Sabtu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Terbuka AS (Pusingan 4)

Artikel Lain